aku...

My photo
=sejauhmana setiap kegagalan itu dihadapi dengan penuh kesyukuran, sejauh itulah ia menjadi wadah untuk menghadapi kejayaan yang akan datang=

sudi-sudikan ler....

jom main....

Saturday, 31 December 2011

dugaan dan ujian

dah lama tak update blog...
dah hampir 2 bulan diduga dengan sakit yang rencam...antara yang nampak dan yang tak nampak...
hanya doa dipanjatkan pada Allah s.w.t agar ditemukan jalan yang tebaik untuk menyelesaikan segala kesulitan yang dihadapi...alhamdulillh setelah berdoa, berusaha, bertawakal, bertahajud dan beristikharah akhirnya dimakbukan doa oleh Allah s.w.t...
seribu kesyukuran dipanjatkan pada-Nya yang telah menunjukkan jalan yang terbaik buat aku...
sukar untuk digambar dan diceritakan benda2 yang agak ghaib berlaku di depan mata...
walau apa pun yang disampaikan oleh perawat2, aku terima dengan redha dugaan ini dengan berlapang dada dan aku senantiasa berdoa moga2 dipertemukan jalan yang terbaik untuk aku...alhamdulillah dimakbulkan...
moga2 di masa hadapan aku akan lebih berhati2 dalam meneruskan kehidupan di dunia yang penuh dengan dugaan...
kepada sesiapa yang pernah aku melakukan kesilapan baik tutur bicara atau perbuatan, jutaan kemaafan dipinta....moga2 kita sentiasa berada di dalam lindungan-Nya selalu...


Monday, 5 September 2011

Al-fatihah buat Allahyarham Noramfaizul b Mohd Nor

Assalamualaikum w.r.t....
Al-fatihah buat Allahyarham Noramfaizul b Mohd Nor...pergi yang tak akan kembali...kepada yang ditinggalkan didoakan semoga sentiasa tabah dan tenang mangharungi dugaan dari yang maha Esa...hidup ini satu perjalanan yang pasti ada penghujungnya...kita tidak tahu dimana penghujung hidup kita...hanya doa sahaja yang dapat kita luahkan moga2 penghujung hidup kita sentiasa mendapat berkat dari-Nya...al-fatihah.....



Tuesday, 30 August 2011

Selamat Menyambut Aidil Fitri..

assalamualaikum...
lama tk update blog ni..sekadar ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri 2011...besama-sama juge kite sambut merdeka pada tahun ini...

p/s: adakah kesempatan untuk pak tam sambut lagi ramadhan dan syawal pada tahun depan..mohon doa moga2 dpt bertemu lagi ramadhan dan syawal tahun depan..

Tuesday, 2 August 2011

=Solat Terawih=


Latar Belakang

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Cara Solat Tarawih

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Solat sunat39.gif
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".


Bilangan Rakaat


Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat tarawikh, Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, “Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup”.
Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka. Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.
Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabien di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata, “Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.[1]
Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

p/s: marilah kita ramai2 rebut ruang dan peluang yang ada pada Ramadhan tahun ini...

Sunday, 31 July 2011

=Mari Berpuasa=

1 Ramadhan muncul kembali...marilah sama-sama menghayati Ramadhan tahun ini...moga-moga Ramadhan tahun ini membawa keberkatan dan kelebihan amalan daripada tahun lepas.

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
" Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan". -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu". - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata :
"Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : 
"Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu". - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: 
Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
" Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)".-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: 
Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
" Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya". -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.


11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap. 



TAKRIF PUASA, RAMADHAN DAN PENSYARIATANNYA 


Dalam bahagian ini dipecahkan kepada tiga tajuk utama.  


Pertama: Takrif Puasa


Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini berbetulan dengan firman Allah s.w.t menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26:


Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat
al‐Rahman.


Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.


Kedua: Takrif Ramadhan


Ramadhan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batu‐batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada bulan‐bulan Islam yang berada di antara Sya’ban dan Syawal. Bulan ini ditaklifkan kepada umat Islam berpuasa.Al‐Syeikh Sya’rawi di dalam al‐Fatawa berkata: Perkataan bulan ﺷﻬﺮ diambil daripada maksud pemberitahuan dan penzahiran dan kadang‐kadang dinamakan masa yang tetentu sebagai bulan.


Sesungguhnya matahari tidak mampu untuk diketahui berkenaan dengan bulan kerana ia berfungsi hanya untuk menetukan hari. Matahari yang muncul disebelah timur pada hari ini begitu juga akan muncul pada hari esok mengikut  sifat dan bentuknya yang sama. Sedangkan bulan dapat dipastikan datang dengan Hilal (anak bulan) pada permulaan kemudian membesar sehingga menjadi bulan mengambang yang penuh hingga kepada
kekurangan semula, justeru dapat di bezakan awal, pertengahan dan akhir bulan.  Atas dasar inilah Allah s.w.t mengikat segala amalan ibadat dengan ayat kauniyyah yang zahirah (tanda kekuasaan Allah yang zahir). Ayat di sini ialah anak bulan selepas itu baru di ambil dari matahari hari tersebut kerana anak bulan tidak memberikan kepada kamu kefahaman tentang hari justeru, kita berhajat kepada kedua‐duanya. Dengan sebab itulah sentiasa bermula masa ramadhan dengan malam dan segala ibadat di sini berkenaan dengan ramadhan bahawa malam didahulukan sebagaimana yang ma’ruf (tidak ada khilaf dalam masalah ini bahawa siang hari mendahului malam kecuali pada satu ibadat iaitu wuquf di `arafah. Malam datang selepasnya).


Bulan ramadhan asalnya daripada kalimah ﺽ   ﻡ ﺭ yang menunjukkan kepada kepanasan atau kepada kepanasan yang membawa kepada dahaga begitu juga pasir‐pasir yang panas di padang pasir. Al‐Qurtubi berkata: Dikatakan dinamakan Ramadhan kerana ia membakar segala dosa dengan amalan yang soleh. Ini kerana diambil dari perkataan ﺍﻹﺭﻣﺎﺽ yang bermaksud membakar.


Ada pendapat mengatakan kerana hati‐hati dapat mengambil padanya darikepanasan mau`izah dan fikrah pada urusan akhirat sebagaimana pasir dan batu menjadi panas dengan sebab panahan cahaya matahari. Seolah‐olah manusia ketika mereka datang untuk meletakkan nama‐nama berbetulan pada ramadhan pada waktu yang panas terik sebagaimana bulan rabi’ yang pertama dan kedua berlaku dalam musim bunga) ini menunjukkan mereka memerhatikan sifat bulan ketika menamainya, kemudian berlangsungnya masa yang khas bagi orang arab sebagai hilali pada zaman yang am sebagai
syamsi. Kemudian datangnya ramadhan pada musim sejuk dan juga datangnya ramadhan pada musim luruh, tetapi saat penamaan adalah pada musim panas, justeru penamaan tersebut berkenaan dengan ramadhan dilihat pada waktu dinamakannya. Seolah‐olah Allah yang sebenarnya telah memilih bagi bulan ini dengan nama yang tersebut untuk menunjukkan betapa masyaqqah untuk ditempuhi oleh orang yang berpuasa.


Ketiga: Pensyariatan Puasa


Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi ε. Hal ini berdasarkan firman Allah Ι dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah Ι. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan
taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.


Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat‐umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad s.a.w secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan tersebut berdasarkan Surah al‐Baqarah, ayat 185:
Maksudnya: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al‐Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan‐keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya hendaklah ia berpuasa bulan itu.



p/s sekadar ingin berkongsi...harap-harap tahun ni dapat le sembahyang terawih 20 rakaat ek...

Sunday, 24 July 2011

=Fraser Hill=

23 Julai 2011 jam 8 malam bertolak ke Bukit Fraser....malam ni pak tam guna highway baru LATAR...al-maklum la masih lagi percuma..so boleh le mencuba jalan baru...gelap je highway baru ni...rupa-rupanya highway bersambung dengan Guthrie lps tu terus bersambung dengan lebuhraya utara selatan...memandu di malam yang gelap mmg best...akhirnya sampai gak exit Bukit Beruntung...sampai Kuala Kubu Baru lebih kurang pukul 9...jalan mula terasa sunyi bila masuk je ke papan tanda Bukit Fraser..memamg mendebarkan bila drive waktu malam ni...berbukit bukau lak tu...teringat zaman dok tg malim dulu2...jalan mmg berbengkang bengkok le....wah terasa mcm memandu F1 plak...masa on the way ada satu kete depan pak tam...so apa lagi ikut je le kete tu...tp laju betul drivernya bawa...mayb dh biasa kot jalan tu...labih kurang kul 9.40 mula sampai ke permulaaan mendaki Bukit Fraser...perghhhhhhhhhh memang trill drive first time jalan ni...jalannya sempit dah tu gelap lak...slp menempuhi liku-liku jalan akhirnya dlm kul 10 malam pak tam sampai...wahhhh bestnye...sejuk je...terasa mcm kat oversea..huhuhu...anginnya sejuk jer..saat ini pon jam dah 12.14 malam...mmg terasa sejuknya...mmg best dok tempat sejuk ni...terasa tenang dan damai jer...
=pemandangan luar dari bilik...tenangkan....=
                                           
=Trademark Fraser Hill=
                           
=ruang tamu Banglo A=
                                                   


p/s : agak2 bila yer pak tam dapat g oversea.....

Sunday, 17 July 2011

*Malam Nisfu Sya'ban*

sudah hampir ke bulan ramdhan al-mubarak...nisfu sya'ban pon dah berlalu...
marilah kita sama-sama teruskan amalan kita dengan banyak mendekatkan diri dengan Allah (ingatan untuk diri sendiri)...bermuhasabah diri tentang kewujudan kita di bumi yang sementara ini...dapatkah kita bertemu dengan nisfu sya'ban lagi pada tahun hadapan.... moga-moga kita akan diberkati oleh-Nya...dan pak tam sentiasa menadah tangan memohon ampun dan maaf kepada orang-orang yang telah pak tam lakukan dosa sama ada secara sengaja atau pon tidak...hinanya rasa diri ini disisi-Nya....

p/s: pak tam selalu menadah tangan mohon ampun...agak2 terampunkan dosa ...ye

Wednesday, 13 July 2011

*berjogging*

hari nie berjogging lagi...dapat le 2 km...jln 1.2 km jogging 0.8 km...banyak berjalan luas pandangan...sebab tu le kene berjalan dari banyak berjogging...heheheheheh
adusssssss penat le jugak....esok nk g lagi...

p/s- agak2 berapa lama blh bertahan berjogging nie...hurmmmmm

Tuesday, 12 July 2011

*perubahan cuaca*

minggu nie berjerebu...wuishhhh bau asap pon ada, pemandangan pon kurang jelas jer....paktam dah dua minggu suara serak jer....sakit tekak...agak-agak bila jerebu nie nak hilang eak...dah lama tak keluar jogging dan jalan kaki kat stadium...dah berjaya menurunkan berat badan (wah!!!!! bangganya) my latest weight 64kg going to reach my ideal weight which is 60kg...hopefully bulan puasa ni berjaya ler....

p/s: bila agaknya jerebu akan hilang yer...

Wednesday, 6 July 2011

ReDhA ALLAH.....PeNgHaRgAaN MaNuSiA....

sebagai renungan untuk diri sendiri dan dikongsi bersama...

1.  BEBAS DARI PENGHARGAAN MANUSIA
2.  SENTIASA TAWAKAL
3.  KECANTIKAN DAN HIKMAH
4.  HIDUP PENUH SEMANGAT..

p/s: moga2 mendapat ketenangan dari-Nya..

Thursday, 30 June 2011

=Uitm di hatiku=

Seal of Universiti Teknologi MARA

hurmmm..
bila dah rasa boring camni...rasa teringat zaman2 studi dulu kat uitm sah alam....mmg best gile jd studen...studi...studi....studi....pendek kata mkan pon studi...tido pon studi...jalan pon studi...semuanya studi lah...
waaaaaaaaaaaaaa.....bestnye belajo.....
sibuk memanjang ngan assigmnet...presentation dan mcm2 lagi lah....
bila nk buat master nie.....hati teringin je ni nk sambung master....pastu buat phd (bukan pen habis dakwat le....istilah aku le tu...)
"ya allah murahkanlah rezeki aku untuk menuntut ilmu dibumimu yang fana ini....."
mmg dunia belajar ni amat indah bagi yang ada keinginan untuk menuntut ilmu...aku mang dr dulu2 tk pernah rasa tk mau belajo...hati mang selalu nk belajo....
tk rugi menuntut ilmu ni...malah byk bende yg kita dapat bila kita dh mula mencintai ilmu nie..mmg best giler kilik buku kesana kemari...
insya-allah moga2 dpt sambung master nnt...tp tk tau le bila ye......

p/s: kalaulah dapat diputarkan masa untuk menjadi seorang pelajar semula tentu bestkan...

Tuesday, 28 June 2011

mmg payah utk kita laksanakan...tapi cubalah sebaik mungkin...insya-allah

(PETIKAN DARI WEB YANG TERJUMPA DLM INTERNET)
Maaf................ 
Apa yang anda faham tentang maaf? 
Maaf, maaf ,,,,,,seribu kali maaf.... 
Adakah maaf penutup masalah..... 
Adakah maaf pembuka bicara............. 
Adakah maaf pembuka selera......... 
Adakah maaf pembuka dusta atau maaf penambah binasa di akhirat.... 
Maaf karena bercerita tentang maaf....... 

Sebagai manusia biasa yg dicipta dengan serba kekurangan dan kelemahan, tapi yang pasti kita tidak akan terlepas dari panahan dosa dan mengatakan : 


“Maaf…” 

“Mintak ampun…” 

“Sorry…” 

“Ampunkanlah segala kesalahan dan dosa…” 

“Tobat dah, janji tidak buat seperti itu lagi…” 

"uda lama masuk Islam, tapi ke mana sifat pemaaf???" 

Kita sebagai seorang Muslim atau Muslimah disarankan memaafkan segala perbuatan orang atau diri sendiri sebelum kita melangkah ke alam kematian..... 


Itulah antara beberapa ungkapan dan perkataan yg diucapkan bila kita ingin menebus kesalahan atau dosa yg dilakukan. 

Persoalannya sekarang… 

Adakah anda pasti bahwa dengan 4 huruf "m""a""a""f" akan menjanjikan anda kebahagiaan di akhirat? 


Adakah anda tahu bahwa orang yang anda meminta-minta untuk dimaafkan betul-betul dalam sudut hati mereka kemaafan untukmu? 


Dan adakah anda sudi memaafkan orang lain atau menomer 2 kan ego anda dengan meminta maaf???.... 


Hmmm…. 

tidak faham? bingung dengan pertanyaan ini? 

Untuk memudahkan pemahaman, silahkan menyimak di bawah: 

BERMAAF-MAAFAN adalah diantara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237) 

Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas kesalahan, lalu anda gugurkan hak itu, dan membebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukuman. 

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud : “Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?” 

Allah berfirman: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.” 

hadis itu, Allah menjelaskan bahwa hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang berhati mulia, bersikap lembut, mempunyai toleransi tinggi dan bertolak ansur terhadap musuh. 

Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenal berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji. 

Firman Allah lagi bermaksud : “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134) 

Ayat itu membuktikan bahwa orang yang menahan kemarahannya, termasuk dalam golongan Muttaqin iaitu orang yang bertakwa kepada Allah. Tambahan pula Allah akan memberikan pengampunan kepada mereka, lalu menyediakan mereka balasan syurga. Alangkah besar dan hebatnya ganjaran bagi manusia pemaaf. 

Kemaafan dalam Islam 

Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa. 

Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta. 

Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat setan. Ia akan membawa keretakan dan kerusakan dalam pergaulan bermasyarakat. 

Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahwa manusia tidak terlepas daripada salah dan hilaf. 

Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.

Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk). 

Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring. 

Orang yang sedang marah, sunnah baginya mengambil wudhu' dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpuncak daripada api, manakala api itu tidak bisa dipadamkan melainkan dengan air. 

TAPI DIMANAKAH LETAK KEJIWAAN KEMAAFAN KITA WAHAI SAHABATKU, DI HATIMU ATAU SEKADAR KATA-KATA............................................................??? 

ATAUPUN HANYA SEKADAR HIASAN BASA-BASI SEBUAH OBROLAN...??? 

WAHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAH.....AKU MENYERU KEPADA HATIKU YANG GERSANG INI...... 
yuk kita bermaafan.... 

^_^




p/s: agaknya senang tk untuk pak tam melafazkannya....mmg ssh tp jauh disudut hati mmg ada cuma tk terucapkan...

Sunday, 19 June 2011

cermin mata tanpa cermin..

           menarik je bunyinya....kalau nk cuba boleh ler beli
cantik ker......
ni lah cermin mata takder cermin....heheheheheh

setelah mengadjustkan cermin matanya....
inilah hasilnya

p/s:  inilah permata yang tiada nilainya di dunia ini...tanpa mereka sunyi dan sepilah hidup...

SeLaMat HaRi BaPa.....

sekadar ingin mengucapkan selamat hari bapa....kepada bapa-bapa di seluruh dunia...
hadirnya kita di dunia ini adalah kerana ibu dan bapa...itu adalah ketentuan dari yang maha esa...
kepada anda yang masih mempunyai bapa...hargailah jasanya selagi ada hayat...dan jangan lupa juga ibu anda...tiap hari adalah hari ibu dan bapa...
bagi aku hari bapa adalah kenangan sahaja yang tinggal kini setelah bapaku kembali ke rahmatullah....
namun aku berbangga kerana aku dapat berbakti kepada arwah semasa hayatnya....walaupon rasanya tak sampai 1% jasa aku padanya....

hampir dua tahun arwah lumpuh tanpa blh berjalan...hanya katil lah teman sejatinya sepanjang hayat...walau pon jauh aku kirimkan wang untuk dibeli katil baru semasa hari pertama dia dh tk berapa boleh berjalan...kini katil itu hanya tinggal kenangan..

dan setiap kali cuti aku akan balik ke kampung...sepanjang cuti juga lah aku mengambil alih tugas mak menguruskan arwah...berat mata memandang berat lagi bahu memikul...itu ketentuan...terima dengan redha...
tiap pagi dan petang aku akan mandikan arwah dan cuci najisnya...dengan izin Allah segala bau busuk diterima dengan redha...alhamdulillah.....

dan setiap kali balik ke kampung jugalah aku mendengar rintihan dari ibuku..."sabar, tk lama kita diuji oleh Allah...mungkin sehari..mungkin seminggu...mungkin setahun...paling lama pon 2 tahun" kataku...mmg bernarlah hampir dua tahun arwah menderita dan pergi buat selamanya...

saat seminggu dihujung hayatnya aku dapat rasakan masanya akan tiba...tatkala aku balik ke kampung sempena cuti raya pada tahun berkenaan...sebelum berangkat balik seperti biasa tangan dihulur salam dipohon...arwah hanya merenung aku...pada ketika itu jugalah aku rasa mmg dh tk lama berdasarkan kepada keadaan yang berlaku semasa aku menguruskan arwah....

dan akhirnya pada petang khamis arwah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang (kata ibuku)...mmg sedih....banyak kenangan yang tinggal semasa hayat arwah dikandung badan....

kini setiap masa dan ketika aku sentiasa mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan diberkati...insya-allah

p/s: bila dah tiada barulah kita tahu erti sebuah kehilangan....

Saturday, 18 June 2011

kenduri...kenduri...kenduri...

malam nie mkn kenduri, minggu depan makan kenduri....hahhahahahha tiap minggu makan kenduri....baru jer berjaya lost weight...hopefully jangan le bertambah berat lagi....tk sabar waiting bulan puasa coz tak yah nk makan siang hari...

p/s: agak2 kalau g kenduri tk makan boleh tak...

Wednesday, 15 June 2011

cubaan....

cubaan kali kedua setelah my previous blog unpurposely deleted..........