aku...

My photo
=sejauhmana setiap kegagalan itu dihadapi dengan penuh kesyukuran, sejauh itulah ia menjadi wadah untuk menghadapi kejayaan yang akan datang=

sudi-sudikan ler....

jom main....

Wednesday 26 December 2012

Hari Ini

Hari ini bermula era baru tahun 2013...alhamdulillah dipermudahkan segalanya...kita hanya mampu merancang mengenang dan mengagak namun perlaksanaannya amatlah bergantung pada redha allah...sebagai insan yang hina kita mmg dilalaikan untuk kita bangkit menghadapi cabaran dan dugaan...buang lah sifat amarah yang ada...berhisab diri itu amat penting agar kita  mendapat redha allah

Tuesday 18 December 2012

banyak berjalan luas pandangan

Kata orang jauh berjalan luas pandangan..luas pandangan maka banyak pengalamannya...ini semua penting untuk kita pelajari sesuatu yang bau..namun kita kenalah berhati2 mengatur langkah..sejauh mana kita melangkah pasti tidak terlepas dari jatuh..namun bangkitlah semula agar jalan kita tidak tempang dan terus melangkah...

Saturday 15 December 2012

Di mana kita...

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya...
setiap yang berlaku pasti ada sebab dan akibatnya...
Tiap yang terjadi pasti ada puncanya...
Dimana kita?
Sedarkah bahawa kita tidak mampu untuk melawan takdirnya...
Manusia mmg tidak mampu untuk melihat apa yang akan berlaku ke hadapan...
Hanya doa dan tawakal yang menjadi bekal dan bekalan...

Hidup..

Kadang kita berkawan ada yang suka..
Kadang kita bergurau ada yang terguris..
Adat berkawan memang sukar diduga...
Andai ada terguris di hati ampunan jua dipinta...
Moga kita sentiasa di dalam lindunganNya selalu..

Friday 14 December 2012

Renungan buatku....

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya...moga hari ini akan lebih baik dari semalam..insya allah...akan aku baiki diri ini yang sentiasa leka dan alpa dengan nikmat dunia...kekilafan diri kadang tidak disengajakan dan kadang disengajakan...mmg kita manusia dikurniakan Allah dengan nafsu yang pelbagai...kadang kita tak mampu melawan nafsu yang membuak2...ketika itu sebenarnya kita diuji..insya allah Dia akan membuka jalan bagi kita hambanya yang hina walau beribu kali kita melakukan kesalahan dan kesilapan, Allah tetap menerima kita kembali...itulah agungNya...tiada perkataan yang mampu diucapkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga....

Sunday 7 October 2012

=Apa lebihnya susu lembu......

Apa lebihnya susu lembu? Bagi mereka yang pernah minum susu lembu mesti tau macam mana rasanya...Bagaimana dengan anak2 kita yang kita bagi susu tepung yang berasaskan susu lembu? Adakah ia selamat untuk diminum oleh anak2 kita? Fikirkan.....ada cite yang nak dikongsikan disini...pengalaman sendiri membesarkan anak2 aku...setelah hampir 12 tahun barulah kini aku tau betapa bahayanya alahan  susu tepung pada kanak2...anak aku yang sulung pernah minum susu tepung...agak lama juga selepas minum anak aku ni terkena penyakit lelah...walhal dalam sejarah keluarga tak dak sorang pon yang mengalami penyakit nie...doktor kata ni lelah alahan je.besar nanti akan hilang la...yang tak tahan setiap bulan kena p klinik...sampai umur 4/5 tahun setelah dia tak minum susu tepung lelah pon hilang...anak2 aku nombor 2 dan 3 mmg tak minum susu tepung...breast feed sampai besar...langsung tk kena apa2...sihat walafiat...alhamdulillah, walau pon kurus kering(macam aku kecik2 dulu)...sampai pada anak aku yang keempat...selepas 2 1/2 tahun kami memberikan susu tepung...mmg sedap tengok dia minum...kalau susu tu mahal mmg kopak lah poket ujung bulan( tp tk pa rezeki anak dimana2 pon ada)...sampai satu tahap lepas minum dia batuk and then muntah...orang kata muntah sebab nak membesar (ok lah kan)...susu diteruskan...tapi lama2 macam rasa pelik dengan keadaan anak aku aku...lepas minum je dalam 1/2 jam mesti batuk lepas tu muntah and then baru boleh tido...keadaan ni berlanjutan agak beberapa bulan..sampai satu tahap lepas batuk, batuknya keluarkan darah...peliknya dalam muntah(kahak) bersih...mmg suspen...bawa g klinik doktor kata tkde apa sb luka pada "tract"...nasib masa kat Uitm dulu aku belajar serba sedikit tentang bio...so amalan kedoktoran ada lah sikit..lama-kelamaan batuknya semakin menjadi lepas tu mesti susah bernafas dan diikuti dengan lelah (asma)...mmg pelik...tiap bulan g hospital...lepas sedut je ok...lps minum susu simpton batuk menjelma semula...aku tanya doktor apakah alahan pada susu...doktor jawab tak...bukan susu...dia kata sebab sejuk...(kalau aku kata doktor ni bo_ _ h..mmg celupar lah mulutkan...sb dia doktor)..aku mmg tak puas hati...so langkah  terbaik try n error lah jawabnya...dekat rumah aku stop susu tepung..mmg tkde langsung batuknya..tido lena semalaman...tp bila hantar nursery pengasuhnya bagi susu....mmg konfirm dia muntah...semua simpton tu muncul semula...aku contact kwn seorg pengamal perubatan, bertanyakan pasal hal nie...atas nasihat dia aku ikut walaupon hanya melalui panggilan telefon sj...sb semua penerangannya mmg jelas sama seperti simpton anak aku nie..dah hampir seminggu aku stop bagi susu tepung...alhamdulillah dh hilang dh, kahak pon dah tkde...terima kasih banyak2 pada sahabat aku atas nasihat dan penerangan yang amat berguna...semoga sahabatku ini akan menjadi seorang doktor yang berjaya di masa akan datang....

Tuesday 10 July 2012

=anugerah=

Alhamdulillah atas anugerah yang diberikan. Rezeki masing2 kan. Lambat atau cepat saja. Yang penting kita sentiasa memperbaharui niat kita setiap masa...

Moga-moga Allah akan berikan rezeki yang melimpah ruah di bumi-Nya ini...
amin..............